Wednesday, August 5, 2009

PROFAIL SYARIKAT

LAGENDA EMAS GEMILANG

(No. Pend. Sykt. : 001671015-V)

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia


Bidang Perniagaan:

Kontraktor Perkhidmatan Dan Pembekalan

Penganjuran Kursus Pekerjaan / Pendidikan

Membekal Tenaga Pengajar

No. 19, Jalan Seri Damak 22, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor D.E

Tel : 03-33722106 , 019-6646058 Fax : 03-33722106

E-mail : gmleg@yahoo.com


PENGENALAN


LAGENDA EMAS GEMILANG adalah merupakan sebuah syarikat milik tunggal bumiputera yang pada awalnya beroperasi di No. 81, Jalan Sungai Burung 32/72,Bukit Rimau,Seksyen 32,40460 Shah Alam, Selangor.. Penubuhan syarikat ini menfokuskan bidang-bidang seperti berikut:


Fokus perniagaan:

  1. ejen membekal tenaga pengajar
  2. menganjur kursus dan latihan
  3. barangan tekstil dan hadiah
  4. kerja-kerja jahitan & sulaman
  5. menjual emas dan permata
  6. ejen pengangkutan barangan am
  7. menjual barangan runcit
  8. menjual barangan logam
  9. membekal barangan perabot & alatan pejabat
  10. membekal alat ganti kejuruteraan marin/kapal
  11. kerja-kerja elektrik,sivil,mekanikal,hawa dingin,telekomukasi
  12. bersih bangunan, lanskap
  13. binaan am
  14. menganjur pakej umrah & pelancongan


Walaupun baru didalam bidang diatas tetapi kami yakin dengan pengalaman pihak pengurusan dan kami juga mempunyai pekerja yang berpengalaman.

Harapan syarikat kami adalah supaya lebih berdaya maju, entiasa kehadapan mendapatkan, melaksanakan dengan sempurnyanya projek yang dianugerahkan dan sentiasa mencari peluang kerja baru seluas mungkin, menjaga kepercayaan dan membuktikan kecenderungan peningkatan dan pembesaran syarikat seterusnya.

Dan kami amat berbesar hati sekiranya diberi peluang dalam bidang yang seluas mungkin untuk kami terokai pelbagai bidang sebagai gerak langkah kami untak maju dan berjaya dalam perniagaan yang lebih meluas.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pengurusan dan pentadbiran syarikat adalah sebagaimana di dalam Carta Organisasi syarikat yang mana Sdr. Zainuddin Bin Abdul Rahim adalah selaku Pemilik dan Pengurus Besar syarikat. Pengalaman luas beliau sebelum ini sewaktu berkerja dengan jabatan kerajaan dan beberapa syarikat besar banyak membantu dalam pentadbiran syarikat ini disamping kerjasama baik dari rakan-rakan seperjuangan.


Manakala urusan pentadbiran kewangan syarikat pula dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Puan Siti Fatimah Ariffin – Berpengalaman 21 tahun sebagai Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia di Tenaga Nasional Berhad Dan Puan Rafidah Abdul Razak yang bertugas sepenuh masa dan mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam kerja-kerja berkaitan kewangan.


Operasi dan perlaksanaan projek-projek syarikat pula dipertanggungjawabkan kepada Encik Rosli Bin Abdul Wahid selaku Pengurus Operasi yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun selaku Jurutera Projek semasa berkhidmat dengan TNB dan Pengurus Besar Projek Telekomunikasi semasa bertugas di KLIA.


Encik Mustaffa Bajuri – Jurutera Elektrik dan Encik Mohd Hazirul Mohd Hadzir – Pembantu Teknik Awam. Mereka yang berlatarbelakangkan bidang teknikal bertauliah yang berpengalaman di dalam bidang masing-masing dan berpengalaman dalam kerja-kerja Pembinaan Awam, Elektrikal, Air-Cond, Kerja-Kerja Paip, Landskap dan sebagainya.


Walaubagaimanapun sebagai salah sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenohnya oleh Kumpulan Syarikat-Syarikat CKT, syarikat ini mendapat bantuan sepenohnya dalam semua aspek kemudahan teknikal, kewangan, kredit barangan dan lain-lain dari syarikat induk.


VISI SYARIKAT

Sesuai dengan keadaan semasa dengan saingan yang begitu mencabar dan kami tidak boleh lari darinya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan serta cuba memenuhi kepuasan dan citarasanya.


BERUSAHA

1. Merancang mendapatkan sebanyak yang boleh kerja, projek dan peluang

kearah memperolehinya secara terancang.

2. Melaksanakan kerja dengan fikiran dan idea kerja dengan bersungguh-

sungguh, jujur, kreatif, berkualiti, up to date, berkualiti dan berusaha untuk

kesempurnaan kearah kecacatan sifat.

3. Membekalkan barangan dan kualiti kerja yang terbaik.

4. Khidmat selepas bekalan 24 jam tanda penghargaan.

5. Kesinambungan dan talian projek berterusan ‘ lepas satu ke satu yang lain’.

6. Pelanggan senyum berpuashati.


MENCUBA

Melaksana sesuatu yang baru dan mencabar dengan kemampuan diri, mendapatkan bantuan dari pihak-pihak yang lebih arif seterusnya membuktikan bahawa kita boleh melaksanakan kemahuan pelanggan sesempurnanya bukan hanya sebagai kerjaya tetapi profesionalisma.


PASTI

Pasti dan yakin dengan kemampuan diri bermula dengan kerja kecil dan membangun seterusnya membesar dengan jayanya bak kata pepatah “Malaysia Boleh, Kami Boleh” keputusan sendiri.


JAYA

Berusaha, Tawakkal, Berdoa, InsyaAllah berjaya.

PENUTUP

Semoga peluang yang telah dan akan diberikan kepada syarikat LAGENDA EMAS GEMILANG ini akan dapat mengurangkan jurang monopoli kaum asing dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan.


Syarikat LAGENDA EMAS GEMILANG akan terus berusaha untuk maju kehadapan dengan mengambil tender yang lebih besar dan mencabar.


Syarikat LAGENDA EMAS GEMILANG menerusi kakitangan yang berpengalaman akan terus berusaha memastikan setiap kerja yang diberikan dilaksanakan dengan sempurna dan menepati masa yang ditetapkan.


Dengan persaingan yang hebat sekarang ini,syarikat LAGENDA EMAS GEMILANG berazam untuk bergerak lebih maju lagi dengan merebut peluang yang ada. Semoga syarikat LAGENDA EMAS GEMILANG dapat bersama-sama seiring dengan pembangunan Negara.


NAMA PERNIAGAAN

LAGENDA EMAS GEMILANG

ALAMAT DAFTAR PERNIAGAAN

NO.81, JALAN SUNGAI BURUNG 32/72, BUKIT RIMAU,

SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR

TARIKH MULA DIDAFTARKAN

01-03-2007

BENTUK PERNIAGAAN

KONTRAKTOR PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN

STATUS PEMILIKAN

PEMILIKAN TUNGGAL (100% BUMIPUTERA)

BANK

AFFIN BANK BERHAD

NO 159-161, JALAN GENTING KLANG,

53300 KUALA LUMPUR.

NO. AKAUN

10-019-001976-2


Keberangkatan


Berikut adalah proses keberangkatan para jemaah semasa berkumpul di KLIA. Urusan agihan passport, tiket kapal terbang dan visa, serta sesi penerangan akhir sebelum berlepas.

Program Ibadah Dan Lawatan Di Madinah al-Munawwarah